Belian emas secara ansuran di Public Gold dinamakan Easy Payment Purchase (EPP).
Terdapat 2 jenis EPP iaitu;
EPP4 = Bayaran 4 kali selama 4 bulan
EPP10 = Bayaran 10 kali selama 10 bulan
Semua item boleh dibeli secara EPP4 , namun hanya gold bar yang berharga RM1,700 ke atas dibenarkan untuk belian secara EPP10. Menarik kan? Mudah pun mudah.
Ni 3 kelebihan bila beli emas secara EPP di Public Gold.
- Paksa diri
Disiplinkan diri untuk menyimpan & memudahkan kita merancang kewangan. Juga boleh elakkan daripada situasi, “eh bulan ni tak sempat la nak simpan duit gaji”. Save before spend sangat lah berkesan. Tak tahu la magis atau kenapa; tapi bila kita tak simpan dulu sebahagian sebelum guna; mesti lepas tu dah tak cukup untuk simpanan. Kalau begini lah yang berlaku setiap bulan, hmm susah kita sebab asyik takde simpanan.
- Patuh syari’ah
Prinsip pembelian emas ansuran patuh syariah :
• membeli emas dengan perjanjian (wa’ad) membeli item tertentu pada harga semasa
• bayaran secara ansuran pada setiap bulan dianggap sekuriti deposit (hamisy jiddiyah) & tanda komitmen kita meneruskan transaksi
• setelah selesai membuat pembayaran, maka boleh lah mengambil emas fizikal di cawangan Public Gold & di situ akan berlaku akad jual beli (ijab & qabul) antara pembeli dan penjual (Public Gold)
- Modal rendah
EPP hanya perlukan modal yang rendah untuk membeli emas yang bernilai tinggi kerana dibayar secara ansuran bulanan atau bayaran berkala. Contohnya nak beli jongkong emas 10 gram bernilai RM2,700. Dengan bayaran secara EPP10, anda cuma perlu bayar RM270 sebulan selama 10 bulan. Gitu.