Assalamualaikum semua.
Ada 3 cara anda boleh beli emas dari Public Gold.
- Outright purchase/Full payment/Tunai
Untuk cara ni anda perlu minta bantuan Introducer atau lock sendiri di website. Kemudian, invoice atau sales order akan dihantar ke email anda.
Walaupun bayaran tunai, anda tidak digalakkan walk in dan membuat belian di branch Public Gold. Anda masih perlu lock dahulu di website dan kemudian baru lah membuat pembayaran secara full payment.
Contoh: A nak beli 10 gram Bungamas. Kemudian A pergi ke branch terdekat dan minta staff branch tolong belikan atas namanya. Selepas tu, dah beli A bayar melalui transfer online ke akaun PG dan terus collect emas nya pada masa yersebut.
Situasi di atas tidak digalakkan kerana setiap pembayaran akan disahkan oleh HQ. Proses menunggu untuk pengesahan bayaran pula mengambil masa, jadi adalah lebih baik lock sahaja full payment di website dan bila dah sedia, boleh call staff untuk collection.
2. Shariah Easy Payment Purchase
EPP ni adalah satu kemudahan untuk anda yang mahu membeli emas fizikal dan membayar secara bulanan. EPP cuma ada 2 iaitu EPP4 dan EPP10, jadi sama ada anda membayar selama 4 bulan atau 10 bulan.
Anda boleh membeli semua item gold bar dan dinar secara EPP4 pada bila-bila masa tetapi untuk EPP10, anda cuma boleh membeli bagi item bernilai RM1,700 dan ke atas.
3. Gold Accumulation Program (GAP)

GAP atau bahasa lainnya ialah akaun emas. Ini adalah opsyen paling rendah jika anda mahu membeli emas tetapi bajetnya terhad. Ini kerana hanya dengan RM100 sahaja anda sudah boleh mula menyimpan emas. GAP juga tidak mewajibkan komitmen bulanan, jadi anda boleh tambah gram @ topup pada bila-bila masa sahaja.
