- Zakat emas perhiasan wanita/ barang kemas (cincin, gelang, rantai dll)
- Kadar nisab di negeri-negeri adalah berbeza, boleh cek di laman web zakat
- Contoh uruf emas di Selangor ialah 800 gram
- Pn. Siti ada 1000 gram emas perhiasan, jadi kiraan bagi zakat beliau ialah
(Berat emas – uruf) x Harga semasa x 2.5%
(1000g – 800g = 200g) x RM 245 x 2.5% =

- Zakat emas bukan perhiasan/emas simpanan
Penyimpan emas diwajibkan bayar zakat jika simpanan emasnya sudah terkumpul sebanyak 85 gram (20 keping Dinar) selama haul setahun hijrah, sebanyak 2.125 gram (½ dinar).
Jika simpanan emas melebihi 85 gram, kiraan nisab (berat) darabkan sahaja dengan 2.5%.
Berat emas x Harga semasa x 2.5%
100 gram x 2.5% = 2.5 gram, 2.5 gram x RM276 = RM690

- Zakat emas yang dicagar/digadai
Emas yang digadai adalah milikan sempurna dan wajib dizakatkan setelah ditolak nilai pinjaman dan upah simpanan.
(Berat emas x Harga semasa) – Nilai pinjaman – Upah simpan x 2.5% = Jumlah zakat
Contoh :
(100 gram x RM276= 27,600) – RM19,320 – RM193 x 2.5% = RM202.18

Jom sama-sama kita niatkan untuk jadi pembayar zakat InshaAllah.
Lebih lanjut:


Disebabkan pengiraan saya di kalkulator zakat di website rasmi PPZ adalah berbeza dengan penjelasan saya di atas, maka saya mengambil inisiatif untuk menghubungi pihak PPZ. Berikut adalah tangkap layar (wow DBP betul >_<) atau screenshot emel.
Kesimpulannya, ada negeri yang kira zakat emas dengan tolak uruf; ada yang tidak. Jadi, perlu hubungi pusat zakat masing-masing. Sekian.


Kalkulator zakat : https://www.zakat2u.com.my/kiraan/zakat/emas
Wallahua’lam. Semoga menjawab persoalan kita semua. Jika ada sebarang kesilapan, boleh maklumkan kepada saya.
Lagi perkongsian di Channel Telegram Rasmi :