Request GIT adalah features baru yang boleh didapati di website Public Gold.
Fungsi GIT (Gold in Transit) adalah untuk memudahkan klien emas Public Gold untuk collect gold bar yang telah selesai bayaran dan dihantar melalui kurier berinsuran.
Sebelum pandemik Covid melanda, klien emas bebas untuk walk in ke seluruh 18 cawangan untuk membuat collection emas masing-masing. GIT pula dimanfaatkan oleh klien yang tinggal di kawasan yang jauh dari cawangan. Namun, setelah pandemik ini, selain booking appointment di cawangan, klien emas lebih digalakkan untuk membuat GIT.
NOTA 1 : GIT (postage) hanya lah untuk emas 5 Dinar dan 20 gram Bungamas ke bawah. Untuk item yang melebihi berat ini, anda perlu walk in dan collect di cawangan.
NOTA 2 : 1 CSO (nombor order) untuk 1 parcel sahaja. Jika anda ada 2 order, maka perlu buat GIT secara berasingan.
Berikut ditunjukkan cara request GIT step by step.
LANGKAH 1

Anda boleh login seperti biasa di website. Klik My Order > Old Site (JIKA ORDER SEBELUM MAC 2021) dan anda akan nampak paparan seperti di atas. Klik No Order atau CSO dan pastikan button Gold in Transit sudah available.
Apabila anda sudah menyempurnakan bayaran secara tunai atau EPP, button GIT akan tersedia secara automatik. Pastikan anda juga sudah complete profile dengan upload bank statement dan salinan IC. Sekiranya masih belum muncul, boleh maklumkan kepada introducer masing-masing.
NOTA : Klik link untuk lihat cara update profile https://anispauzi.com/2021/09/30/panduan-update-profile-di-website/

LANGKAH 2
Bila anda klik button Gold in Transit, ini paparan yang anda akan lihat. Anda perlu mengisi alamat untuk urusan pengeposan (jika alamat berbeza dengan di alamat di profile) dan akhir sekali perlu klik button send TAC. TAC akan dihantar ke no hp yang anda daftarkan.

LANGKAH 3
Selepas anda melengkapkan alamat, anda dibawa ke satu page untuk bayaran postage iaitu sebanyak RM10. (Terlupa nak screenshot page tersebut). Kemudian, bila klik, automatik akan nampak payment page seperti ini.

LANGKAH 4
Setelah selesai bayaran, anda dibawa ke page ini. Jika anda sudah buat bayaran, tetapi PAYMENT STATUS masih menunjukkan UNPAID, maka tidak mengapa kerana masih belum updated.

Done.
Untuk cek tracking, anda boleh klik MY SHIPMENT. Tracking akan tersedia setelah 7 hari bekerja.
Itu sahaja. Sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya 011-2944 0532.
Terima kasih dan Selamat Hari Raya Aidilfitri 🙂