Assalamualaikum.
Okei hari ni nak reviu buku tulisan Ustaz Afyan, Bijak Merancang Wang.
BMW ni adalah pada mulanya sebuah e book kemudian, difizikalkan dan ditambah pelbagai info lain. Lebih mudah untuk baca dan nak conteng-conteng. Buku ni setebal 326 muka surat dan berwarna warni.
Kisahnya, buku ni belum habis baca sebabnya buku ni ditulis bentuknya lebih kepada buku seminar atau workbook. Selepas penjelasan, ada bahagian yang mana kita boleh doodle maklumat kita sendiri. Maksudnya, kena berfikir jap haha


Buku ni terbahagi kepada 3 bahagian
Bahagian 1 : Kita Set Minda
Bahagian 2 : Pengenalan kepada 7 Modul Infaq
Bahagian 3 : Pelan Tindakan
Bahagian 1 ni lebih kepada ilmu asas mengenai kewangan. Pembaca yang dah biasa dengan bacaan buku-buku kewangan boleh saja skip bahagian ni.
Konsep buku ni boleh pilih nak baca part yang mana dan modul mana dulu. Lompat-lompat orang kata.
Bahagian 2 pula lebih panjang, lebih kurang 200 muka surat. Ada 7 modul infaq yang diterangkan satu persatu,
Modul 1 : Pengurusan Aliran Tunai
Modul 2 : Pengurusan Aset Bersih
Modul 3 : Simpanan
Modul 4 : Perlindungan
Modul 5 : Pelaburan
Modul 6 : Penyucian
Modul 7 : Pewarisan
Bahagian ni paling menarik dan sangat terperinci. Kat sini boleh reflect dengan kita punya keadaan. Ada tempat untuk isi maklumat sendiri. Boleh tengok gambar-gambar yang saya share.
Memang menarik bahagian 2 ni sampai memang lama terleka kat sini. Bab simpanan dan pelaburan mungkin kita dah biasa tapi bab penyucian dan pewarisan, jarang-jarang juga kita baca secara terperinci dan kita pun diberikan ruang untuk buat planning sendiri dalam buku ni. Macam work book semasa hadir seminar.
Buku ni nak kata berat isinya, tak juga. Tapi, perlukan masa untuk digest semua info yang kita baca dan nak tulis planning tu.
Bahagian 3 ada lebih banyak page untuk kita isi, bermula dari matlamat kewangan, masalah kewangan yang dihadapi dan cabaran kewangan. Ada juga part untuk isi simpanan, aliran tunai, penyucian semua tu. Lengkap. Memang best. Kadang-kadang kita bila nak skrin diri sendiri tapi tak tahu nak masukkan item apa yang patut ada dan sebagainya. Tapi dalam ni, kita tinggal isi maklumat sahaja untuk kenal pasti kesihatan kewangan diri sendiri.





PKP ni kita topup sikit-sikit ilmu mana yang mampu. Keseluruhannya, saya sangat recommend buku ni. InshaAllah saya cuba reviu buku-buku kewangan yang lain di lain masa 😀
Buku ni harga dia RM37.00 sebuah tapi ni saya share link dengan jualan harga yang lebih murah dan jimat.
Wallahua’lam.