Tuan puan,
Tabung pendidikan untuk anak ni, sudah tentu jangka masa simpanannya adalah untuk long term. Paling sedikit pun lima tahun. Betul tak? Jadi, alang-alang nak simpan lama, digalakkan untuk menyimpan di tempat yang terbaik. Saya gariskan di bawah beberapa sebab emas adalah antara platform terbaik untuk tabung anak-anak.
Emas menyimpan nilai. Emas adalah alat kalis inflasi yang terbaik. Tuan puan mungkin biasa dengar tapi sekali lagi saya nyatakan di sini, semasa zaman Nabi Muhammad SAW, 1 Dinar boleh membeli seekor kambing dan nilai yang sama pada tahun 2021 ini, boleh membeli bukan sekadar seekor tetapi dua ekor kambing.
Emas memberi pulangan yang tinggi dalam jangka panjang. Saya bagi contoh, pada tahun 2010, 1 gram emas boleh dibeli dengan hanya RM100. Satu dekad kemudian, untuk membeli 1 gram emas, anda memerlukan RM270. Nilai gram yang sama, tetapi nilai ringgit yang berbeza. Sebab? Emas menyimpan nilai manakala ringgit turun nilainya setiap tahun.
Tiada risiko. Okei, kalau dengar pakar kewangan sebut, risiko emas ni ada sebenarnya iaitu jika emas yang disimpan itu hilang atau lupa letak di mana. Ha gitu. Tetapi, untuk tabung anak-anak ni, tuan puan boleh menggunakan akaun emas iaitu menambah gram di dalam akaun dan tidak perlu membuat belian emas fizikal seperti gold bar atau dinar.
Kos pendidikan pula sudah pastinya semakin meningkat tahun ke tahun. Suatu masa dulu, semasa saya menuntut di universiti, kosnya adalah sekitar RM30,000 sepanjang empat tahun pengajian. Mengambil kira faktor inflasi dan sebagainya, 10 tahun akan datang nilainya pasti bertambah.
Kelebihan utama emas yang tidak ada pada platform yang lain adalah – emas adalah aset manakala platform yang lain masih lagi berunsurkan wang kertas. Wang kertas akan terpalit padanya satu benda yang dinamakan inflasi. Kuasa beli berkurang.
Contohnya, anda beli emas 40 gram bernilai lebih kurang RM10,000 hari ini. Anda juga ada simpanan RM10,000 dalam akaun bank. Selepas sepuluh tahun, nilai 40 gram yang anda miliki tu masih lagi 40 gram, tetapi berdasarkan sejarah lepas, nilai dalam ringgitnya pasti sudah berbeza, katakan menjadi RM50,000. Tetapi, RM10K yang disimpan dalam bank tu, selepas 10 tahun nilai ringgitnya masih sama tetapi nilai kuasa belinya sudah berkurangan. Begitulah.
Di Public Gold, anda tak perlu risau kerana mahar nak mulakan simpanan cuma serendah RM100 sahaja.
Hubungi saya di sini 011-29440532